Tuesday, November 8, 2011

My Sis Engagement Day

Assalamualaikum
salam ptg jumaat..11.11.11 cantiknya tarikh nie..
Tahniah juga diucapkan buat kawan2 yang nikah pada tarikh nie 
'Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma' 
Semoga hari Jumaat yang indah ini, membawa keberkatan kepada kita semua
amin..

Actually, hari pertunangan my sis nie pada 29 Okt yang lepas
yang juga merupakan her 'Birthday'
Tahniah sis.
Kita same2 dah jadi tunangan org
tapi nampak gaya adeknyer yang kena kawen dulu..opss
langkah bendul la pulak..

saat2 cincin disarungkan dijari..bedebar2 ye..hehe

saat debaran dah lepas...smile..hehehe

bersama en.tunang

some of the hantaran dari pihak prmpuan ke pihak lelaki

p/s:
Hari besar semakin hampir, tapi sampai ke hari nie byk lagi persiapan blum c.fara lakukan. huwaaaa..dah semakin takut.. Hopefully Allah permudahkan urusan kami.Please pray for us..amin

Wednesday, November 2, 2011

Finally..i'm graduated!!

Alhamdulillah...
akhirnya setelah berpenat lelah belajar, 
berjaya jugak ak berkonvo sebagai
Graduan Dalam Bidang IT
walaupun sekarang ak dah berkerja
tapi
belum ade rezeki lg untuk ke bidang yang ak betul2 minati 
InsyaAllah..
mungkin suatu hari nanti
cepat atau lambat hanya Allah yang tentukan.
pada masa yang sama
Fara happy sangat dapat bwk mama n ayah ke Sarawak
Pertama kali mama naik flight
nampak mama agak gementar
alhamdulillah mama nampak ok je.
Terima kasih tak terhingga buat mama dan ayah tersayang
Jasa kalian memang tak terbalas wlau dgn apa sekali pn
Mama dan Ayah..
I LOVE BOTH OF U SO MUCH!! 


cinta hati saya

Faculty of Computer Science and Information Technology

Sahabat2 seperjuangan dan lecturer2 yang mengajar saya



sesi baling topi or Mortaboard..haha

n one of my best friends..Yong Soo Fong

me, kecik n k.zila..

p/s
 Dulu masa tengah belajar, x sabar2 nak habis cepat..sekarang.dah rindu balik ke zaman belajar...
betullah kate orang, zaman belajar adalah zaman paling seronok.
bila lg nk ke zaman nie? insyaAllah..kalo ade rezeki boleh sambung lagi ke peringkat lebih tinggi..amin

Friday, October 28, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Hari dah gelap, hujan lebat dengan guruh kuat tapi ak masih kt opis, tunggu hujan berhenti. semua staf dah balik rasenyer. yelah, memandangkan ak nie minah rempit.. terpaksalah redah je hujan dan panas. semua dah jadi rutin biasa bagi penunggang motorsikal nie..hehe

sumber : cik google

Alhamdulillah..semalam, bersamaan  27 Oktober 2011. genaplah usia cik.farah yang ke-TUT..haha (rahsia). Tiada kek dan apa-apa sambutan, cuma ucapan ikhlas dari family dan rakan-rakan tersayang. Sememangnya ak tidak mengharapkan apa-apa sambutan pun. Sekadar ingatan sudah memadai dan berasa cukup dihargai. ak rase bersyukur sangat-sangat masih mempunyai keluarga dan sahabat-sahabat yang menyayangi diri ini.. 

InsyaAllah..Semoga ak diberi umur yang panjang, dan dimurahkan rezeki..amin ya rabbal a'lamin

p/s
Tiba-tiba baru teringat pesan ustaz ' Eloklah berpuasa apabila tiba hari lahir kita' . Tapi cik fara lupa sangat-sangat. harini baru teringat. InsyaAllah, harap-harap kalau dipanjangkan umur, dapat berpuasa pada hari lahir yang akan datang. amin


Monday, October 17, 2011

salam ptg isnin..
baru lepas blogwalking..haha..
seronok baca blog kawan-kawan
tambahan
seronok jadi silent reader
hehehe
nothing to say..
just

Barakallah My dear friends
UMMU & DIANA
let's view their wedding photos
tadaa
*
*
*
UMMU & OWN (16 September 2011)
u are so GEORGOUS!! cantik sgt

sangat sepadan..bagai pinang dibelah dua..

tahniah ummu..cpt2 dapat baby ye..hehe

and 
another one
*
*
*
Diana & Fahmi
so sweet dear..



sorry ye diana..mmg plan nk dtg wedding kamu..
tapi
mungkin Allah x mengizinkan
kami terlambat
x sempat tgk kamu bersanding
tapi
x pelah
aku doakan kamu bahagia
dengan suami tersayang
amin...


Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday

haha..dh lame ak asyik blogwalking je..mood nk menaip 0%..

persiapan wedding?


adalah 40%...huwaaa...banyak lagi rasenyer yang belum settle. sampaikan mase pergi survey butik pengantin aritu semuanya terperanjat sebab ade 2 bulan lbh je lagi..n kitorang masih lagi survey2 je..hahaha..cuak la jugak, tapi entah kenapa aku rase tenang je uruskan satu persatu preparation..x de nak gabra sgt, cuma otak nie asyik dok memikir je.

Mungkin Allah permudahkan urusan kami..'Alhamdulillah'. semuanya berjalan lancar.

Semalam ak n en.hery pergi Ampang park jumpe Abg Hafis. Abg Hafis ni kitorang jumpa mase Pameran Pengantin di Jusco AU2. Lepas discuss panjang ngan dia, dia nk buatkan baju baju tuk aku mengikut design yang ak mahukan ..hehe.. horray!!, bayarannya pun agak berpatutan.

so ak sugest la die tuk all B2B kt luar sane. Cuma ak harap baju sanding nanti secantik apa yang ak inginkan.

Persiapan Convocation??


Tiket flight, penginapan, transportation semua ak dah booking. InsyaAllah, 20 Oktober nie, aku, mama n ayah akan fly ke Sarawak. Mmm...bestnyer, dapat jugak ak habiskan pengajian walaupun bermacam dugaan dan ujian kt sane. Akhirnya, susah payah ak kt sane, berbaloi jugak bila dapat genggam scrool nanti.

Pada masa yang sama, first time aku nak bawa mama n ayah naik flight, pastu boleh jalan-jalan di Kuching.

Hopefully semuanya yang dirancang berjalan lancar.InsyAllah

p/s:
imah comot...Rindu jugak sama kamu..mmmuuuaaahhh!!

Friday, September 30, 2011

Monday, May 30, 2011

My E-day 29 Mei 2011

Syukur Alhamdulillah..selesai sudah majlis pertunangan ak n hery..That's the best moment in my life..hehe






Tuesday, April 5, 2011

we love purple!!!

salam pagi rabu..hehe..bosan tahap gaban dah nie..n ade ape nak post sebenarnye..just this pic's..hehe..i'm love it..


 purple team

minum petang with teh'o n biskut chipsmore..


Pameran Program Mesra Jabatan at Kg Seladang Rebah, Pedu, Kedah

Mm..rajin betul ak hapdate blog harinie..sampai 2 post skali..hahaha, pada hari ahad 28.03.2011 ak, fuad n apis bertolak ke Kedah seawal 11 pagi la lbh kurang. kitorang kena pg pameran kt sana dengan kerjasama daripada JASA Kedah. Agak-agak pukul 6 lbh baru ktorang sampai di pekan Kuala Nerang, kt sana ustz. suhaimi dah tunggu dan bawak kitorang melawat ke tapak pameran.

Lebih kurang 10 minit, ustz suhaimi bwk ktorng g minum petang kt umah die pastu bwk kitorang g Terap In di Pekan Kuala Nerang, satu-satunya hotel yang ada di Kuala Nerang. kalo dari Alor Setar lebih kurang 1 jam perjalanan baru sampai ke kuala nerang, kira jauh jgk la kan.

Malam tu ustz suhaimi bwk kitorng makan malam di restoran selasih dengan menu istimewa 'public phone' pelik x? hahaha..first time ak dengar nama makanan cmtu.. kira unik la, hehe..dia letak nasi, ayam goreng, telur dada, timun dan keropok..lupe lak nk amik gambar 'public phone' tu..hehe

Esoknya pulak, pagi2 lagi ktorng dah ke tapak pameran untuk pasang peralatan dsbnya. kehadiran penduduk kampung adalah sangat sedikit, pkul 1 lebih pun x de orang lagi..yela katanya, pagi2 penduduk kg pergi menoreh, tghari baru balik.Alih2, abg zan bawak ktorng melawat ke Empangan Tasik Pedu. waaa.. best sekali. bukan senang nak masuk kt empangan tu, siap ada polis yang jaga. kitorng kira bernasib baik la..hehehe..

k lah..boring dah nk story panjang2..let's view some photo's...tada...hehehe

 Perasmian oleh Dato' Mahawangsa

 Tapak Pameran JASA

 Empangan Pedu

 all of us, tapi x ckup corum lagi nie...

Subhanallah..indah sungguh ciptaanMu...

p/s
walaupun dah balik ke kg halaman..x sempat nk melawat tok kesayangan..Harap2 Tok Cah cepat sihat k..amin..

Monday, April 4, 2011

Wedding update

Salam,mmm..sampai jugak mood ak nak update blog nie.. First of all, sepanjang bulan 1 till bulan 4 nie banyak betul kawan2 yang dah bertukar status..Alhamdulillah, 'ak bahagia melihat kamu bahagia', semoga berbahagia hingga ke akhirnya ye..Ni antara gambar2 ak amik dari fb korang..jangan mara ye..glamor korang kt blog ak tau..hehe..lot's of Love
*
*
*
*
*
K.Dina & Suhaimi
(5 Februari 2011)

*
*
*
*
*
Zura & Firdaus
kawan mase sek. men puteri wilayah
(5 Februari 2011)

*
*
*
*
*
Azlika & Hafiz
ni pun kawan mase sek. men puteri wilayah
(12 Februari 2011)
*
*
*
*
*
Saleha & Atef
(13 Mac 2011)

*
*
*
*
*
Ghafur & Arina
(13 Mac 2011)
*
*
*
*
*
Acam & Fauziah
(13 Mac 2011)
*
*
*
*
*
Ni pulak engagement sahabat2 ak..Congrat's dear...
Kawen nanti jangan lupa jemput ye..hehe
Emelda & Amad
(19 Mac 2011)
*
*
*
*
and the last one..
Ummu & Ownn
(19 mac 2011)

p/s
Seronok tengok kawan2 dah berubah status..yela umo makin meningkat..
InsyaAllah..writer pun x lama lg..hehehe...amin

Friday, February 18, 2011

Majlis Makan Malam at Equatorial Hotel, Melaka

Sempena Hari Maulidurrasul yg lepas (15-16 Februari 2011), ak ditugaskan ke Melaka untuk membantu melaksanakan program disana..Mm, cuti pun kena kerja, tapi nasib baik dapat menginap kt hotel dan makanan pun sodap, x la terasa la sangat..hehe..Majlisnya di hadiri oleh pegawai-pegawai JASA diseluruh negeri dan dihiburkan oleh ali mamak dan farhan. so far, ok la.. tu jelah kot nak story..dah nak lari balik..hehehee..


All of us with Farhan..

k.aisah ngan Farhan (ak x amik pn gambar berdua ngan dia..huhu)

p/s
lepas ni nak kemana plak? berjalan-jalan je kejenyer..hehe

Sunday, February 13, 2011

Langkawi and Team Building at Jengka, Pahang

Mm, sepanjang sebulan aku berkerja di JASA ni dah 2 kali aku dihantar pergi berkursus, Mula-mula pada 26-29 Januari 2011 selama 4 hari 3 mlm di Institut Pengurusan Peladang,Ayer Hangat Langkawi. Aku ditugaskan sebagai urusetia untuk Program Submodul Pengurusan Gaji. Tugasnya senang je, cuma uruskan wireless conection dan server untuk excess internet berjalan dengan baik.So far, ok la..x ada masalah sangat pn, disamping dapat ikut pergi shopping coklat dan jalan2 ronda langkawi. hehe, nilah pengalaman pertama aku pergi  berkursus. Cuma yang sedihnya, aku x bawak camera,so x dapat la nak merakamkan aktiviti kat sana.     

Pada 9-11 Februari 2011,adalah kursus aku untuk kali ke-2, penat pergi Langkawi pun x abis lagi terus ke Felda Residence Tekam, Pahang selama 3hari 2malam. Tapi kali ini, sebagai peserta untuk Bengkel Selari HRMIS, Pengukuhan Pasukan bil 1/2011. Best rasenyer dapat join kursus ni sebab banyak aktiviti luar. Malam Rabu tu kitorang night walking di perkarangan Gua Kota Gelanggi dengan perpandukan sebatang lilin dan sebuah peta. waa..sebagai kumpulan pertama, kamilah kumpulan pertama yang masuk dan keluar..hehe..

For second day, kitorang masuk dalam gua..so adventurelah dengan keadaan gua yang gelap dan licin, but paling   menyeronokkan sebab dapat lihat keindahan ciptaan Allah sebab ada batu-batu yang menyerupai pelbagai makhluk ciptaan Allah seperti Gajah, pokok, orang bersanding, singa dan sebagainya..terpegun rasanya, melihat keindahan ciptaanMu..pada sebelah petang pulak, kami dikehendaki buat rakit menggunakan 4biji tong, PVC, dan tali..ikatan mengikut creativiti ahli kumpulan. haha..rakit kumpulan kami agak x stabil, dekat garisan penamat dah terburai, aku terjatuh dalam tasik tu..hahaha.. 

Malamnya, ada majlis makan malam siap dengan bbq..aku makan skit je, pastu cau balik dengan k.rin sebab dah kenyang+ngantuk..x larat dah nak dengar diorang nyanyi..hehe. Esknya pulak dengan aktiviti berkumpulan tuk menegakkan 2btg bendera bersama pvc dan tali. ok la..semua dpt bekerjasama dengan baik..hehe.

Alhamdulillah, pukul 1 lbh ktorng gerak balik, dalam pkul 4 lbh smpai di RTM. en.abg hantar aku balik walaupun dtg lambat..mula2 nk marah la jgk..tapi jap je..hehehe. 

Nie je gambar2 aku amik dari fb k.ct..hehe
 All of us

 Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

posing2 dulu..hehe

peace no war..hehe


time makan yang sentiasa dinanti..hehe

beratur ye..
bawak motor nak g mana tu?  

 tempat beradu setelah kepenatan..hehe

sweet memories

p/s
lepas nie nk g Melaka plak..berjalan2 je kerjanya..huhu