Wednesday, December 18, 2013

Big Bad Wolf 2013 @ MIECC, The Mines

Assalamualaikum..

Actually kami pegi BBW ni hari jumaat lepas, baru nak update harini.. huhu

Niat dihati x nak pergi weekends sebab confirm tersangat ramai orang. Tapi jumaat ptg kami pergi pun still ramai jugak sehingga parking pun penuh, so terpaksa juga parking di basement paling bawah, ke naik 3 level dengan tangga dengan bergilir-gilir mendukung farish..aduhai, penat rasenyer.

















Monday, December 9, 2013

Yeay!! Farish dah dapat Kad Tawas!!

Alhamdulillah, sebelum Farish genap setahun haritu sy terus daftar Tabung Warisan Anak Selangor ini memandangkan kami suami isteri dua-dua orang selangor.

No My.Kid dan No.Si Manja terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan ye..


Tapi kalo salah sorang orang Selangor pun masih boleh mendaftar TAWAS ni tau..
Antara Kelebihan pemilik Kad Tawas nie adalah :-

1)     Setelah permohonan LULUS,  pihak TAWAS akan menyerahkan dokumen korang kepada cawangan Ambank yang korang pilih dan akan dimasukkan Rm100.00 ke dalam akaun anak. Duit rm100.00 tu pemberian daripada Kerajaan Negeri Selangor.

      2)     Setelah urusan pembukaan akaun untuk anak korang selesai, Pihak bank akan telefon korang untuk ambil sijil yang telah dikeluarkan di cawagan Ambank.

3)   Simpan sijil tersebut sehingga tempoh matang iaitu sehingga anak berumur 18 tahun. Pada masa ini anak korang berpeluang menerima RM1,500.00.

      So duit tu boleh la digunakan untuk pendaftaran anak nak masuk university or sebagainya. Dapat PERCUMA RM1,500.00. siapa nak bagi kan?

      Farish baru je dapat kad, sekarang tengah tunggu call dari pihak bank untuk dapatkan sijil.

 4)     Ada juga manfaat lain untuk pemegang Kad TAWAS nie..10% diskaun untuk Rumah Mampu Milik, Diskaun Percutian , Penginapan dan lain-lain lagi. So boleh la check sendiri dekat website ni.



So, bagi korang yang ada anak berumur bawah setahun boleh la mendaftar di sini..




Lepas tu kena scan dokumen kelahiran @ My Kid Anak, My Kad Suami dan MyKad Isteri dan upload diruang yang disediakan.

Dah siap upload semua, borang manual dan salinan dokumen semua perlu juga di Poskan ke alamat

Yayasan Warisan Anak Selangor
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Done!!
Korang boleh semak diwebsite tu sama ada permohonan korang berjaya atau tidak.
kalau berjaya, diorang akan poskan kad TAWAS ke rumah masing-masing..
Senang je kan??  

 Sharing is Caring~~
Lot of Love ~~ Fara Fida 

Thursday, December 5, 2013

1'st trial Chocolate an Blueberry Muffin

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..ahad lepas selesai majlis berkhatan anak buah sy, Azwar Izhan dan Amzar Irfan.. Kenduri kesyukuran meraikan mereka dibuat secara kecil-kecilan bersama saudara mara husband sy. 

Lauk-pauk dimasak sendiri oleh abg.amie (Abg ipar sy) dan dibantu oleh kami adik beradik. 

Sy mengoffer diri untuk membuat muffin sebab baru je belaja di kolej komuniti haritu.  so, nilah mase untuk practice, kalo x takut lupa cmtu je..


Nnti sy nak berkongsi resepi yg sy dapat dari kelas baking haritu. Elmu yg dipelajari lebih bermanfaat jika dikongsikan dengan orang lain kan.



ni mase kt klinik, sebelum dikhatankan.. huhu..kuat 2 beradik ni sebab x menangis langsung pun..sy x pergi pun time nie sbb masih otw dari ampang nk balik banting.




Adunan chocolate muffin yang belum dimasak lg..


 100 pcs yang dah siap.. fuhh pkul 2.30 pagi baru settle sbb start lambat nak kene tidorkan dulu farish sy baru boleh buat keje.



Chocolate muffin baru keluar oven...panas2 lagi..mmg sedap..huhu



Butter Muffin with blueberry topping saya taburkan badam untuk hiasan.

p/s

: gmbar berterabur susunan sebab update pakai tab je..