Thursday, March 28, 2013

Update Farish 5 bulan..


Assalamualaikum..salam pagi jumaat..harinie just nk update perkembangan farish 5 bulan.. Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu..tup2 dah 5 bulan farish bersama ummi dan abi. sungguh indah perasaan sebagai ibu bila tiap2 hari dapat tengok perkembangan anak membesar depan mata.

1. Checkup 5 bulan di Klinik Au2, dapat injection 3 serangkai dos ke 2. Alhamdulillah, sehingga hari ni, farish belum pernah demam lagi. Harap2 antibodi farish kuat untuk melawan segala penyakit...amin

2. Farish dh cekap meniarap, pantang letak je nak meniarap je sentiasa dan boleh berpusing 360 darjah. sampaikan nak tidor pun nak meniarap jugak..pastu hok hek sebab dah penat, nak menelengtang balik belum pandai.

3. Farish gatal gusi, nk tumbuh gigi agaknye..pantang bila dapat pegang tangan ummi dan abi..asyik nk gigit tangan ummi dan abi je. Last2 ummi belikan silicone teething ring buat asah gusi...

4. Lastly...gambar farish yang comel buat tatapan semua..hehe


silicon teether buat asah gusi


saje nak try topi baru...beli kt pasar malam rm3 je...tpi kualiti x berapa best...bila basuh, kain baldu mudah terkoyak


macam2 gaya farish tido..hehe


ummi with farish.

p/s:

ummi update nie buat tatapan ummi dan farish jugak untuk masa akan datang.. yela setiap masa berlalu pantas dan perlu diabadikan buat kenangan.  

Sunday, March 3, 2013

Update : Farish 4 month

Alhamdulillah masih lagi boleh bernafas di bumi Allah yang indah ini...Mmm, dah lama betul rasenyer x update blog, mood nk menaip dah ilang entah ke mana selepas bergelar ibu dan isteri yang berkerja.Ambil masa yang lama jugak nak sesuaikan diri dengan kehadiran buah hati kesayangan kami.. Muhammad Farish Mishary. Semakin hari semakin membesar dengan macam2 kerenah dan gelagat yang menghiburkan hati kami. Setiap hari rasa rindu je dekat baby, walaupun kadang2 farish ada depan mata.. nie la perasaan seorang ibu yang x dapat nak digambarkan dengan kata2...

Perkembangan 4 bulan++
1.  Dah pandai mengereng dan dah boleh meniarap...cuma x boleh lagi nak angkat bahu kiri dan tegakkan kepala.. lambat ker? x pelah..ummi x kesah cepat ke lambat, janji mengikut flow perkembangan bayi yang sehat.

2. Checkup 4 bulan berat = 6.12kg..ok la, banyak juga naik, since farish lahir dengan 2.28kg je.. kecik je, berbanding baby yang lahir 3kg++. Semua orang yang pegang farish kata, badan die dah 'keras dan kuat.. kalo meniarapkan pun dah boleh tegakkan kepala sendiri.

3. Dah pandai menyembur..dan boleh kenal ummi, abi, mak tok, tok wan die..kalo kite tinggalkan die, dah pandai menjerit panggil. hehe..kena ada orang main dengan die je...

4. Cukup suka bila dibukakan baju untuk mandi..gelak seronok sampai mengekek die..lucu betul..hehe

5. Apa lagi lg? huhu...Brestfeeding? Terpaksa jugak campur FM bila ummi pergi kerja..sebab siang hari farish minum 4-5 botol x 3oz..ummi bekalkan 3 botol je..2 botol lg terpaksa topap dengan fm..Lebih-lebih lg farish exclusive bottle feeding since lahir. ummi rase down jugak, tapi tekad jugak dalam hati untuk susukan farish sehingga 2 tahun.InsyaAllah.. Maafkan ummi sayang.. Semoga rezeki farish terus ada..walaupun kadang kala ada pasang surutnya, dengan pelbagai onak dan duri yang ummi terpaksa tempuhi.. demimu sayang... ummi akan teruskan perjuangan.



sekarang dah pandai buat memek muka yang lucu...geram je rse..hehe

                                             bestnyer ummi nak bawak farish jalan2...hehe

p/s
Subhanallah.. Terima Kasih Ya Allah, beri kami cahaya mata yang tidak ternilai..