Wednesday, December 18, 2013

Big Bad Wolf 2013 @ MIECC, The Mines

Assalamualaikum..

Actually kami pegi BBW ni hari jumaat lepas, baru nak update harini.. huhu

Niat dihati x nak pergi weekends sebab confirm tersangat ramai orang. Tapi jumaat ptg kami pergi pun still ramai jugak sehingga parking pun penuh, so terpaksa juga parking di basement paling bawah, ke naik 3 level dengan tangga dengan bergilir-gilir mendukung farish..aduhai, penat rasenyer.

















Monday, December 9, 2013

Yeay!! Farish dah dapat Kad Tawas!!

Alhamdulillah, sebelum Farish genap setahun haritu sy terus daftar Tabung Warisan Anak Selangor ini memandangkan kami suami isteri dua-dua orang selangor.

No My.Kid dan No.Si Manja terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan ye..


Tapi kalo salah sorang orang Selangor pun masih boleh mendaftar TAWAS ni tau..
Antara Kelebihan pemilik Kad Tawas nie adalah :-

1)     Setelah permohonan LULUS,  pihak TAWAS akan menyerahkan dokumen korang kepada cawangan Ambank yang korang pilih dan akan dimasukkan Rm100.00 ke dalam akaun anak. Duit rm100.00 tu pemberian daripada Kerajaan Negeri Selangor.

      2)     Setelah urusan pembukaan akaun untuk anak korang selesai, Pihak bank akan telefon korang untuk ambil sijil yang telah dikeluarkan di cawagan Ambank.

3)   Simpan sijil tersebut sehingga tempoh matang iaitu sehingga anak berumur 18 tahun. Pada masa ini anak korang berpeluang menerima RM1,500.00.

      So duit tu boleh la digunakan untuk pendaftaran anak nak masuk university or sebagainya. Dapat PERCUMA RM1,500.00. siapa nak bagi kan?

      Farish baru je dapat kad, sekarang tengah tunggu call dari pihak bank untuk dapatkan sijil.

 4)     Ada juga manfaat lain untuk pemegang Kad TAWAS nie..10% diskaun untuk Rumah Mampu Milik, Diskaun Percutian , Penginapan dan lain-lain lagi. So boleh la check sendiri dekat website ni.



So, bagi korang yang ada anak berumur bawah setahun boleh la mendaftar di sini..




Lepas tu kena scan dokumen kelahiran @ My Kid Anak, My Kad Suami dan MyKad Isteri dan upload diruang yang disediakan.

Dah siap upload semua, borang manual dan salinan dokumen semua perlu juga di Poskan ke alamat

Yayasan Warisan Anak Selangor
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Done!!
Korang boleh semak diwebsite tu sama ada permohonan korang berjaya atau tidak.
kalau berjaya, diorang akan poskan kad TAWAS ke rumah masing-masing..
Senang je kan??  

 Sharing is Caring~~
Lot of Love ~~ Fara Fida 

Thursday, December 5, 2013

1'st trial Chocolate an Blueberry Muffin

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..ahad lepas selesai majlis berkhatan anak buah sy, Azwar Izhan dan Amzar Irfan.. Kenduri kesyukuran meraikan mereka dibuat secara kecil-kecilan bersama saudara mara husband sy. 

Lauk-pauk dimasak sendiri oleh abg.amie (Abg ipar sy) dan dibantu oleh kami adik beradik. 

Sy mengoffer diri untuk membuat muffin sebab baru je belaja di kolej komuniti haritu.  so, nilah mase untuk practice, kalo x takut lupa cmtu je..


Nnti sy nak berkongsi resepi yg sy dapat dari kelas baking haritu. Elmu yg dipelajari lebih bermanfaat jika dikongsikan dengan orang lain kan.



ni mase kt klinik, sebelum dikhatankan.. huhu..kuat 2 beradik ni sebab x menangis langsung pun..sy x pergi pun time nie sbb masih otw dari ampang nk balik banting.




Adunan chocolate muffin yang belum dimasak lg..


 100 pcs yang dah siap.. fuhh pkul 2.30 pagi baru settle sbb start lambat nak kene tidorkan dulu farish sy baru boleh buat keje.



Chocolate muffin baru keluar oven...panas2 lagi..mmg sedap..huhu



Butter Muffin with blueberry topping saya taburkan badam untuk hiasan.

p/s

: gmbar berterabur susunan sebab update pakai tab je..

Thursday, October 17, 2013

Farish 1 tahun

18 Okt 2012, tepat jam 5.09pagi. lahirlah seorang anak syurga dengan seberat 2.28kg ke dunia. Alhamdulillah. b'syukur x terhingga dengan cahaya mata yang tidak ternilai kurniaan Allah buat kami.

Hari ni 18 Okt 2013 genap setahun kelahiran anak ummi. cepat sangat masa berlalu, terasa seperti baru semalam je bersalin. walaupun dah x sakit tapi masih teringat2 lagi saat2 indah kali pertama melihat baby comel yang diletakkan diatas perut ummi.

Selamat Hari Lahir anak soleh ummi Muhammad Farish Mishary.. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, taat kepada perintah Allah, rasulullah, ummi abi dan menjadi pendakwah dan pejuang agama islam. Doa ummi dan abi sentiasa mengirimu syg. ummi & abi sayang farish!!  


Friday, July 26, 2013

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 2013: 17 Ramadhan 1434 Hijrah




source: en.google

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi 6,236 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad s.a.w supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.
Waktu penurunan al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya. Firman Allah bermaksud:
“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)


source: disini

Tuesday, June 11, 2013

Update Farish 7 bulan

1. Dah boleh mengesot dan memusing dengan lajunyer.

2. Dah boleh merangkak, bergerak beberapa step ke depan..


3. Dah pandai 'mengemas. Huhu, abis semua benda di explore nyer. X pe.. That is the learning proses, so ummi biarkan je.


4. Dah boleh mengiring untuk blaja duduk.

5. Dah ada 2 btg gigi. Gigi die start tmbuh mase 6 bln.



6. Dah boleh faham bila org panggil name die.

7. Seorang yg pemurah senyuman dh suke ketawa. Senyuman die boleh buat semua org tersenyum dan boleh buat awek2 cair la. Hehe.

8. Suke masukkan semua bnda dlm mulut.

9. Actually banyak lagi..nanti ummi update lagi ye.

P/s : Cepatnyer mase berlalu. Kalo boleh ummi nk rakam semua perkembangan farish mase bayi. Semua moment tu sangat indah, tengok anak membesar depan mata. Walaupun ummi x dapat jage farish 24jam. Tpi maktok jage farish dengan dengan baik. Terima kasih ibuku. Kalau boleh fara x nak susahkan mama jaga cucu sebab skrg time mama nak rehat dan beribadah. Dulu mama dh penat jaga kami adek beradik. Now time mama berehat.  InshaAllah farish dah bole jalan nanti fara nak hantar die ke nursery dekat opis. So time rehat bole turun tengok. InshaAllah harap-harap di permudahkan olehNya.




Sunday, April 7, 2013

Mencari susu BIOLAC




Assalamualaikum..


Sekarang tengah cari susu biolac nie..kalo boleh nak cod area Hulu Kelang je sebab.sebelum nie order by post sangat lambat lebih seminggu baru dapat.Tension rasenye.. hehe

                                                          
                                                                   source: en.google

First time farish minum susu nie, alhamdulillah nampak serasi dengan dia. farish kurang masalah kesihatan seperti demam, batuk dan selsema. Paling ak perasan, masa die minum susu nie, kebetulan dia baru je kena demam campak. Alhamdulillah, naik ruam dekat badan die dalam 10 biji je..lepas 3 hari terus kering. demam pun semalaman je, paginya terus baik.ak rase lega sangat. bersyukur sangat antibodi farish kuat walaupun terpaksa campur susu ibu ngan susu formula. 

Dua minggu lepas kami suami isteri batuk dan selsema teruk, dekat-dekat seminggu jugak baru nak baik. Farish langsung x berjangkit dari kitorang, sebab kitorang selalu jugak cium-cium dia walaupun tengah selsema...apa la ummi ngan abie die..hehe..

Cuma kadang-kadang je dengar dia batuk panas (kata mama). Mama kate kena bagi air masak since dia minum susu formula. sebab susu formula Panas..

Minggu depan farish dah 6 bulan..yeay!! ready for solid food. sekarang tengah mencari sebanyak maklumat yang boleh untuk prepair solid food buat farish..kalo boleh ak nak prepair sendiri solid food dia. yela...air tangan ibu lebih baik dari instant food kan..inshaAllah..



p/s:

susah jugak nak cari susu nie ye, sebab kedai2 biasa x de jual..mane ummi nak cari nie??  buat sementara bagi susu dutch lady dulu..huhu

Thursday, March 28, 2013

Update Farish 5 bulan..


Assalamualaikum..salam pagi jumaat..harinie just nk update perkembangan farish 5 bulan.. Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu..tup2 dah 5 bulan farish bersama ummi dan abi. sungguh indah perasaan sebagai ibu bila tiap2 hari dapat tengok perkembangan anak membesar depan mata.

1. Checkup 5 bulan di Klinik Au2, dapat injection 3 serangkai dos ke 2. Alhamdulillah, sehingga hari ni, farish belum pernah demam lagi. Harap2 antibodi farish kuat untuk melawan segala penyakit...amin

2. Farish dh cekap meniarap, pantang letak je nak meniarap je sentiasa dan boleh berpusing 360 darjah. sampaikan nak tidor pun nak meniarap jugak..pastu hok hek sebab dah penat, nak menelengtang balik belum pandai.

3. Farish gatal gusi, nk tumbuh gigi agaknye..pantang bila dapat pegang tangan ummi dan abi..asyik nk gigit tangan ummi dan abi je. Last2 ummi belikan silicone teething ring buat asah gusi...

4. Lastly...gambar farish yang comel buat tatapan semua..hehe


silicon teether buat asah gusi


saje nak try topi baru...beli kt pasar malam rm3 je...tpi kualiti x berapa best...bila basuh, kain baldu mudah terkoyak


macam2 gaya farish tido..hehe


ummi with farish.

p/s:

ummi update nie buat tatapan ummi dan farish jugak untuk masa akan datang.. yela setiap masa berlalu pantas dan perlu diabadikan buat kenangan.  

Sunday, March 3, 2013

Update : Farish 4 month

Alhamdulillah masih lagi boleh bernafas di bumi Allah yang indah ini...Mmm, dah lama betul rasenyer x update blog, mood nk menaip dah ilang entah ke mana selepas bergelar ibu dan isteri yang berkerja.Ambil masa yang lama jugak nak sesuaikan diri dengan kehadiran buah hati kesayangan kami.. Muhammad Farish Mishary. Semakin hari semakin membesar dengan macam2 kerenah dan gelagat yang menghiburkan hati kami. Setiap hari rasa rindu je dekat baby, walaupun kadang2 farish ada depan mata.. nie la perasaan seorang ibu yang x dapat nak digambarkan dengan kata2...

Perkembangan 4 bulan++
1.  Dah pandai mengereng dan dah boleh meniarap...cuma x boleh lagi nak angkat bahu kiri dan tegakkan kepala.. lambat ker? x pelah..ummi x kesah cepat ke lambat, janji mengikut flow perkembangan bayi yang sehat.

2. Checkup 4 bulan berat = 6.12kg..ok la, banyak juga naik, since farish lahir dengan 2.28kg je.. kecik je, berbanding baby yang lahir 3kg++. Semua orang yang pegang farish kata, badan die dah 'keras dan kuat.. kalo meniarapkan pun dah boleh tegakkan kepala sendiri.

3. Dah pandai menyembur..dan boleh kenal ummi, abi, mak tok, tok wan die..kalo kite tinggalkan die, dah pandai menjerit panggil. hehe..kena ada orang main dengan die je...

4. Cukup suka bila dibukakan baju untuk mandi..gelak seronok sampai mengekek die..lucu betul..hehe

5. Apa lagi lg? huhu...Brestfeeding? Terpaksa jugak campur FM bila ummi pergi kerja..sebab siang hari farish minum 4-5 botol x 3oz..ummi bekalkan 3 botol je..2 botol lg terpaksa topap dengan fm..Lebih-lebih lg farish exclusive bottle feeding since lahir. ummi rase down jugak, tapi tekad jugak dalam hati untuk susukan farish sehingga 2 tahun.InsyaAllah.. Maafkan ummi sayang.. Semoga rezeki farish terus ada..walaupun kadang kala ada pasang surutnya, dengan pelbagai onak dan duri yang ummi terpaksa tempuhi.. demimu sayang... ummi akan teruskan perjuangan.



sekarang dah pandai buat memek muka yang lucu...geram je rse..hehe

                                             bestnyer ummi nak bawak farish jalan2...hehe

p/s
Subhanallah.. Terima Kasih Ya Allah, beri kami cahaya mata yang tidak ternilai..