Monday, February 27, 2012
Thursday, January 19, 2012
My Big Day 25 Disember 2011!!
Salam..petang jumaat yang mulia..mengimbau kembali hari bahagia ak&suami..
cepat sungguh mase berlalu, tanpa disedari sudah hampir 1 bulan usia pernikahan kami.
Masih baru lagi meniti perjalanan bersama sebagai suami isteri.
Alhamdulillah, Ya Allah..
terasa amat bahagia dengan suami kurniaanMu, buat hambaMu ini.
"Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga firdaus Mu.
Jadikanlah kami saling mencintai di kala dekat,
saling menjaga kehormatan dikala jauh,
saling menghibur dikala duka,
saling mengingat dikala bahagia,
saling menyempurnakan ibadat kepadaMu,
Jadikanlah rumah tangga kami seindah Adam a.s dan Hawa,
setabah Ibrahim a.s dan Hajar,
sebahagia Yusof a.s dan Zulaikha,
sesetia Sulaiman a.s dan Balqis,dan
sesuci Nabi Muhammad SAW dan Khadijah,
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah kejayaan kepada kami didunia dan akhirat.
Sempurnakanlah kebahagiaan kami sebagai ibadah kepadaMu dan
buktikan pengikatan cinta kami kepada Sunnah keluarga RasulMu.
Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Amin Ya Robbal Alamin
antara sahabat2 dcs dan unimas yang hadir
bff forever n ever..mmmmmuaahh!!
bersama bos, En.Saharuddin Sulaiman
Outdoor di rumah jiran..Thanks makcik Ani..Raihan pun buat fotoshoot kt sini tau ..huhu
p/s:
1) gambar dari OP x dapat lg, so ambil gambar dari facebook dan my lovely friend, Imah bucuk!!
2) Thanks a lot's kepada semua saudara mara, orang kg dan sahabat2 yang membantu dan hadir memeriahkan majlis kami..Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.InsyaAllah
Tuesday, November 8, 2011
My Sis Engagement Day
Assalamualaikum
salam ptg jumaat..11.11.11 cantiknya tarikh nie..
Tahniah juga diucapkan buat kawan2 yang nikah pada tarikh nie
'Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma'
Semoga hari Jumaat yang indah ini, membawa keberkatan kepada kita semua
amin..
Actually, hari pertunangan my sis nie pada 29 Okt yang lepas
yang juga merupakan her 'Birthday'
Tahniah sis.
Kita same2 dah jadi tunangan org
tapi nampak gaya adeknyer yang kena kawen dulu..opss
langkah bendul la pulak..
saat2 cincin disarungkan dijari..bedebar2 ye..hehe
saat debaran dah lepas...smile..hehehe
bersama en.tunang
some of the hantaran dari pihak prmpuan ke pihak lelaki
p/s:
Hari besar semakin hampir, tapi sampai ke hari nie byk lagi persiapan blum c.fara lakukan. huwaaaa..dah semakin takut.. Hopefully Allah permudahkan urusan kami.Please pray for us..amin
Wednesday, November 2, 2011
Finally..i'm graduated!!
Alhamdulillah...
akhirnya setelah berpenat lelah belajar,
berjaya jugak ak berkonvo sebagai
Graduan Dalam Bidang IT
walaupun sekarang ak dah berkerja
tapi
belum ade rezeki lg untuk ke bidang yang ak betul2 minati
InsyaAllah..
mungkin suatu hari nanti
cepat atau lambat hanya Allah yang tentukan.
pada masa yang sama
Fara happy sangat dapat bwk mama n ayah ke Sarawak
Pertama kali mama naik flight
nampak mama agak gementar
alhamdulillah mama nampak ok je.
Terima kasih tak terhingga buat mama dan ayah tersayang
Jasa kalian memang tak terbalas wlau dgn apa sekali pn
Mama dan Ayah..
I LOVE BOTH OF U SO MUCH!!
cinta hati saya
Faculty of Computer Science and Information Technology
Sahabat2 seperjuangan dan lecturer2 yang mengajar saya
sesi baling topi or Mortaboard..haha
n one of my best friends..Yong Soo Fong
me, kecik n k.zila..
p/s
Dulu masa tengah belajar, x sabar2 nak habis cepat..sekarang.dah rindu balik ke zaman belajar...
betullah kate orang, zaman belajar adalah zaman paling seronok.
bila lg nk ke zaman nie? insyaAllah..kalo ade rezeki boleh sambung lagi ke peringkat lebih tinggi..amin
Friday, October 28, 2011
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
Hari dah gelap, hujan lebat dengan guruh kuat tapi ak masih kt opis, tunggu hujan berhenti. semua staf dah balik rasenyer. yelah, memandangkan ak nie minah rempit.. terpaksalah redah je hujan dan panas. semua dah jadi rutin biasa bagi penunggang motorsikal nie..hehe

sumber : cik google
Alhamdulillah..semalam, bersamaan 27 Oktober 2011. genaplah usia cik.farah yang ke-TUT..haha (rahsia). Tiada kek dan apa-apa sambutan, cuma ucapan ikhlas dari family dan rakan-rakan tersayang. Sememangnya ak tidak mengharapkan apa-apa sambutan pun. Sekadar ingatan sudah memadai dan berasa cukup dihargai. ak rase bersyukur sangat-sangat masih mempunyai keluarga dan sahabat-sahabat yang menyayangi diri ini..
InsyaAllah..Semoga ak diberi umur yang panjang, dan dimurahkan rezeki..amin ya rabbal a'lamin
p/s
Tiba-tiba baru teringat pesan ustaz ' Eloklah berpuasa apabila tiba hari lahir kita' . Tapi cik fara lupa sangat-sangat. harini baru teringat. InsyaAllah, harap-harap kalau dipanjangkan umur, dapat berpuasa pada hari lahir yang akan datang. amin
Subscribe to:
Posts (Atom)



























