Sunday, March 3, 2013

Update : Farish 4 month

Alhamdulillah masih lagi boleh bernafas di bumi Allah yang indah ini...Mmm, dah lama betul rasenyer x update blog, mood nk menaip dah ilang entah ke mana selepas bergelar ibu dan isteri yang berkerja.Ambil masa yang lama jugak nak sesuaikan diri dengan kehadiran buah hati kesayangan kami.. Muhammad Farish Mishary. Semakin hari semakin membesar dengan macam2 kerenah dan gelagat yang menghiburkan hati kami. Setiap hari rasa rindu je dekat baby, walaupun kadang2 farish ada depan mata.. nie la perasaan seorang ibu yang x dapat nak digambarkan dengan kata2...

Perkembangan 4 bulan++
1.  Dah pandai mengereng dan dah boleh meniarap...cuma x boleh lagi nak angkat bahu kiri dan tegakkan kepala.. lambat ker? x pelah..ummi x kesah cepat ke lambat, janji mengikut flow perkembangan bayi yang sehat.

2. Checkup 4 bulan berat = 6.12kg..ok la, banyak juga naik, since farish lahir dengan 2.28kg je.. kecik je, berbanding baby yang lahir 3kg++. Semua orang yang pegang farish kata, badan die dah 'keras dan kuat.. kalo meniarapkan pun dah boleh tegakkan kepala sendiri.

3. Dah pandai menyembur..dan boleh kenal ummi, abi, mak tok, tok wan die..kalo kite tinggalkan die, dah pandai menjerit panggil. hehe..kena ada orang main dengan die je...

4. Cukup suka bila dibukakan baju untuk mandi..gelak seronok sampai mengekek die..lucu betul..hehe

5. Apa lagi lg? huhu...Brestfeeding? Terpaksa jugak campur FM bila ummi pergi kerja..sebab siang hari farish minum 4-5 botol x 3oz..ummi bekalkan 3 botol je..2 botol lg terpaksa topap dengan fm..Lebih-lebih lg farish exclusive bottle feeding since lahir. ummi rase down jugak, tapi tekad jugak dalam hati untuk susukan farish sehingga 2 tahun.InsyaAllah.. Maafkan ummi sayang.. Semoga rezeki farish terus ada..walaupun kadang kala ada pasang surutnya, dengan pelbagai onak dan duri yang ummi terpaksa tempuhi.. demimu sayang... ummi akan teruskan perjuangan.



sekarang dah pandai buat memek muka yang lucu...geram je rse..hehe

                                             bestnyer ummi nak bawak farish jalan2...hehe

p/s
Subhanallah.. Terima Kasih Ya Allah, beri kami cahaya mata yang tidak ternilai..  

No comments:

Post a Comment