Sunday, March 3, 2013

Update : Farish 4 month

Alhamdulillah masih lagi boleh bernafas di bumi Allah yang indah ini...Mmm, dah lama betul rasenyer x update blog, mood nk menaip dah ilang entah ke mana selepas bergelar ibu dan isteri yang berkerja.Ambil masa yang lama jugak nak sesuaikan diri dengan kehadiran buah hati kesayangan kami.. Muhammad Farish Mishary. Semakin hari semakin membesar dengan macam2 kerenah dan gelagat yang menghiburkan hati kami. Setiap hari rasa rindu je dekat baby, walaupun kadang2 farish ada depan mata.. nie la perasaan seorang ibu yang x dapat nak digambarkan dengan kata2...

Perkembangan 4 bulan++
1.  Dah pandai mengereng dan dah boleh meniarap...cuma x boleh lagi nak angkat bahu kiri dan tegakkan kepala.. lambat ker? x pelah..ummi x kesah cepat ke lambat, janji mengikut flow perkembangan bayi yang sehat.

2. Checkup 4 bulan berat = 6.12kg..ok la, banyak juga naik, since farish lahir dengan 2.28kg je.. kecik je, berbanding baby yang lahir 3kg++. Semua orang yang pegang farish kata, badan die dah 'keras dan kuat.. kalo meniarapkan pun dah boleh tegakkan kepala sendiri.

3. Dah pandai menyembur..dan boleh kenal ummi, abi, mak tok, tok wan die..kalo kite tinggalkan die, dah pandai menjerit panggil. hehe..kena ada orang main dengan die je...

4. Cukup suka bila dibukakan baju untuk mandi..gelak seronok sampai mengekek die..lucu betul..hehe

5. Apa lagi lg? huhu...Brestfeeding? Terpaksa jugak campur FM bila ummi pergi kerja..sebab siang hari farish minum 4-5 botol x 3oz..ummi bekalkan 3 botol je..2 botol lg terpaksa topap dengan fm..Lebih-lebih lg farish exclusive bottle feeding since lahir. ummi rase down jugak, tapi tekad jugak dalam hati untuk susukan farish sehingga 2 tahun.InsyaAllah.. Maafkan ummi sayang.. Semoga rezeki farish terus ada..walaupun kadang kala ada pasang surutnya, dengan pelbagai onak dan duri yang ummi terpaksa tempuhi.. demimu sayang... ummi akan teruskan perjuangan.



sekarang dah pandai buat memek muka yang lucu...geram je rse..hehe

                                             bestnyer ummi nak bawak farish jalan2...hehe

p/s
Subhanallah.. Terima Kasih Ya Allah, beri kami cahaya mata yang tidak ternilai..  

Tuesday, December 25, 2012

Tuesday, September 4, 2012

18 Syawal 1433

Alhamdulillah...masih lagi dalam mood beraya, walaupun ahad minggu depan je dh nak habis syawal.. sekejap je masa berlalu...dalam sedar x sedar dah lama bersawang je blog nie sebab mood nak menaip sejak2 pregie nie 0 teros..sekadar blogwalking di blog2 org je..

Semalam genap dah 32 minggu (8 bulan). kira-kira 8 minggu je until due date kelahiran cahaya mata yang di nanti-nanti. Perasaan x sabar, nervous bercampur baur menanti hari detik-detik kelahiran. Persiapan barang-barang bayi baru 80%, InsyaAllah akan complete sebelum bersalin nanti. Baby dalam perut pun makin aktif, x sabar nk keluar kot..hehe..dan kadang perut akan mengeras menandakan baby tengah practice untuk keluar nanti.

mak yong 8 bln.. hubby ngah practice pegang baby..huhu
p/s
Tahniah di ucapkan buat kawan-kawan yang dah bersalin (Mama Fiza, Izzah, Ummu, K.Bahirah, K.Aye, Diyana n  Jijah)..geram tul tgk baby diorng... Selamat berpantang dan melalui fasa baru dalam kehidupan.. Semoga anak-anak yang lahir nnti menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan menambahkan lagi umat Nabi Muhammad S.A.W..Amin



Thursday, April 26, 2012

Alhamdulillah

Salam Jumaat yang penuh barakah,
Alhamdulillah, masih dikurniakan zuriat dan kesihatan yang baik.
Selepas apa yang berlaku, semua tu adalah ujian dan dugaan dari Allah S.W.T
untuk hambaNya yang kerdil ini.

Sabtu lepas, hari cukur jambul anak buah no.2

Khairul Adam Mikail bin Khairul Azhar
Semoga menjadi anak yang soleh, yang mendoakan kedua-ibu bapamu ye syg..
insyaAllah

p/s
First time scan my little baby dalam perut, Subhanallah, baby dah sempurna, ada degupan jantung dan gerak-gerakan tangan bile doktor scan...ummi dan abi rasa teruja sangat. syukur Alhamdulillah, semoga anak ummi dan abi membesar dengan sihat dan sempurna ye sayang..x sabar menanti lagi 6 bulan...semoga dipermudahkan olehNya..InsyaAllah..