Wednesday, December 8, 2010

Half Day with SPS interview

Salam pagi rabu..hari nie, seawal pukul 6 lagi aku dah bangun..Takutnyer la nak pergi interview kt Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk Skim Perkhidmatan Singkat (SPS). Dalam pukul 8 gak la aku sampai dan agak terkejut dengan kehadiran ramai orang yang datang untuk temuduga SPS nie. Kebanyakkan yang datang juga sudah berkerja. Sampai2 je, aku berkenalan dengan Suria dan sorang akak nie..so ada gak la teman untuk berborak untuk menghilangkan gemuruh sambil study skit2 ape yang penting.

Angka giliran aku nombor 23 daripada 27 orang untuk Gred 27, dan ramai lagi gred2 lain yang menununggu.Tunggu punya tunggu, dalam pukul 12 baru nama aku di panggil. Interview secara berdua. Partner ak bernombor 24 seorang lelaki. Dia memang gamble gile, dah la x study..jawapan aku pun dia tiru sekali..huhu..

Interviewernyer pulak dua orang kakak la aku rase, dalam 20-30an umor dia. Nak tahu soalan ape diorang tanye aku? haha..

Part 1(diri)
1.Perkenalkan diri anda.
2.Belajar di mana, ambil course ape?
3.Pengalaman kerja
4.Skill-skill yang ada.

Part 2(umum)
1.Ceritakan mengenai konsep 1Malaysia.
2.Adakah kamu bersetuju dengan konsep 1Malaysia ini? (cerita pnjg2)
3.Ceritakan kelebihan yang kamu ada berbanding orang lain.(goreng la..puji diri skit..hehe)

soalan kat bawah ni ditanya oleh interviewer pd kwn2 yg lain 
1.Siapakah Ketua Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan
2.Siapakah Timbalan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan
3.Siapakah Setiusaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan
4.Namakan jabatan-jabatan yang ada di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan

Banyak lagi soalan ditanya..itu diantaranyalah..Interview nie berlangsung selama 3 hari (8,9,10 December 2010).dan keputusan temuduga akan diketahui sebelum 3 January 2010. Kontrak selama 1 tahun (January-December 2011).Gaji sebanyak RM1610.00 tanpa kwsp.

p/s
1. Aku x mengharap pun akan dapat jawatan nie..aku hanya mampu berdoa, InsyaAllah. 
2. Allah dah tetapkan pun rezeki masing-masing..kalau dapat, Alhamdullillah..kalau x dpt, aku redha.
3. Diorang nak main bowling hari nie? ntah la jadi ke x.. aku? aku pakai baju kurung la..huhu.. 
4. Semalam x jadi main bowling coz dah full sebab ada tournament..so g makan kt Tenpayaki.. ok la. not bad..huhu

No comments:

Post a Comment